Friday, April 1, 2011

indahnya ukhwah kerana DIA ~







Saat kau senyum dan ketawa, fikirlah walau sesaat tentang sahabatmu. Barangkali saat dan ketika kau menikmati keindahan langit biru, hatinya sedang terluka dan diselubungi awan mendung. Setelah kau sedari betapa bernilainya dirimu kepadanya, janganlah kau tinggalkannya sendirian. Ketika sahabat melukai hatimu, tulislah di atas pasir, biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu. Sebaliknya ketika sahabatmu membuat kebaikan padamu, maka tulislah di atas batu hatimu, agar terpahat utuh walau dilanda badai….”Bila menjalin ukhwah hanya keranaNya, pasti ada ujian dariNya kerana Dia mahu melihat sejauh mana keikhlasan hati hamba-hambaNya”.
Sahabat-sahabat seperjuanganku, ingatlah…
Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,

Begitu juga dia..
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,

Segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,

Rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,

Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Sahabat adalah cerminan diri, sahabat menguji ketulusan hati,
sahabat menilai ikhlasnya budi, sahabat menyubur kasih yang bersemi,
carilah sahabat sejati, terbina ukhuwah, mendapat kasih Ilahi,
secebis kasih membuat kita sayang,
seucap janji membuat kita percaya,
sekecil luka membuat kita kecewa,
namun sebuah ukhwah selamanya bermakna.

<< dipetik daripada azzariyat.com>>

UJIAN << BALA VS AMARAN..?? >>

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Hari berganti hari, bulan berganti bulan..lamanya ..! baru aku sedar rupanya sudah hampir berbulan-bulan lamanya aku tidak menghabiskan masa walaupun sedikit untuk menulis..mungkin aku terlalu sibuk dengan urusan-urusan duniawi yang membuatkan aku sedikit leka untuk bersama-sama mad'u memperluaskan ukhwah..Ya Allah, berdosanya aku..ampunilah diriku ini Ya Allah..rinduku untuk menulis dan berkongsi seribu macam isi hati dan buah fikiran yang sedang bermain di benakku..menulis dan terus menulis untuk menyebarkan dakwah kepada mad'u-mad'u selagi neuron-neuron di benakku masih berfungsi dan selagi jantung bekerja keras mengepam darah keluar masuk arteri dan vein..subhanallah, sungguh hebat kejadian-Mu ini..mesejnya, menyampaikan dakwah itu wajib walau dengan satu perkataan..!!

Jam yang terletak berdekatan 'carpal bone' telah menunjukkan tepat jam 1.51pagi..orbicularis oculi, eye's pupil, iris, retina sibuk bermain-main sehingga membuatkan aku tidak lena untuk tidur..rentetan itu, aku tekad untuk menulis..Di pagi yang ku kira hening tatkala ramai sahabat-sahabat yang telah lena dibuai mimpi, aku berhasrat untuk berkongsi pandangan berkenaan isu bencana alam yang berlaku sejak akhir-akhir ini seperti kejadian tsunami yang berlaku di Tokyo Japan, gempa bumi di Myanmar, 21 maut banjir di selatan Thailand,  banjir di Perlis..Ini belum dikaitkan lagi dengan masalah-masalah lain seperti kemlangan jalan raya yang tidak putus-putus mendermakan darah di jalanan pada setiap hari, kakitangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terkorban dalam serangan di Afghanistan, kes seorang kanak-kanak 19 bulan merangkak di landasan keretapi yang akhirnya menemui ajal, dan sebagainya..


Di Tokyo Jepun


Persoalannya adakah ujian ini satu bala atau amaran daripada Pencipta..???..ianya akan menjadi bala tatkala kita sebagai hamba-Nya terlalu bongkak dan takbur sehingga sanggup melihat kepentingan peribadi melebihi segala-galanya..sehingga kita menyangkal nikmat kurniaan-Nya..nauzubillah..semoga kita dijauhkan daripada golongan ini..Ujian terjadi kepada seluruh hamba-Nya sebagai tanda tanda kasih Penciptanya. Mereka yang tergolong dalam kalangan ini terdiri daripada dua golongan iaitu menganggap ujian ini sebagai bala atau menganggap ujian ini sebagai amaran Allah untuk memperbaiki sesuatu kepada yang lebih baik..rugilah mereka yang menganggap ujian ini sebagai bala tanpa mempelajari makna tersirat di sebalik kejadian Illahi dan amat beruntunglah kepada mereka yang menggangap ujian ini sebagai amaran dan peringatan daripada Illahi seterusnya menjadikannya lebih meletakkan sepenuh kebergantungan hanya kepada-Nya..


Apa yang dapat dirumuskan di sini ialah letakkan sepenuh kebergantungan hanya kepada Allah..Ingatlah sahabat-sahabat , kita tidak tahu bila nyawa kita akan diambil oleh Yang Berhak..suduh cukup jelas dengan segala kejadian bencana alam dan lain-lain yang terjadi di muka bumi ini..sudah banyak dan bertambah parah..tidak lama lagi..memang sudah tidak lama..justeru, manfaatkan nikmat kesihatan, akal dan nyawa ini dengan sebaik mungkin dengan menginsafi setiap kejadian dan ujian yang diturunkan Allah kepada kita..masih belum terlambat untuk itu..Ya Allah, bantulah hambaMu ini dan bimbinglang daku ke jalan yang Engkau redhai..amin..


wassalam ^^