Friday, January 21, 2011

kisah seorang anak muda: hikMah dLm brdakwah ^_^

Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.
Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.
“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.
“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.
“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.
Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.


Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.
Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.
Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.
“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”
“Permintaan apa itu wahai tuan?”
“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh? Tanya Syeikh kepada Ahmad.
Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.
“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.
“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.
“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
“Benar Tuan Syeikh”
"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.
Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.
“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.
“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.


Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”
“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”
“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.
“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.
“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”
Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”
“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.
“Ya benar Tuan.”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.
Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.
Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.
Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.
“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?”Syeikh memulakan bicara.
“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”
“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.
“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”
Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.
“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.
“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.
“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.
“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.
Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran. Jadi, berdakwahlah dengan penuh berhikmah sekali gus mncontohi dakwah yg disampaikan Rasul-Nya..

wassalam..

LEE Chong Wei vs Lin Dan


Salam ukhwah, kembali lagi kita bertemu dalam kadar masa yang cukup singkat dan amat mencemburui kita..masa tidak menunggu kita, sebaliknya kita lah yang perlu mengejar masa..Hari ini di pagi yang cukup hening, damai, terlihat kebiruan langit ciptaan-Nya .membuatkan saya lantas berfikir dan termenung sejenak tunduk, merendah diri kepada Allah, Dia yang telah mnciptakan kita..betapa kerdil nya dri kita ini di sisi Allah..subhanallah..


PENARIKAN LIN DAN DALAM AKSI PERLAWANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA



PEMINAT tempatan yang mahu menyaksikan kehebatan bintang sensasi dari China, Lin Dan meneruskan aksi dalam saingan Terbuka Malaysia terpaksa berputih mata apabila pemain itu menarik diri pada pusingan suku akhir, semalam selepas dinasihatkan berehat akibat kecederaan di bahagian kiri abdominal (perut). 

Pengadil kejohanan, Jane Wheatley berkata pakar perubatan daripada Institut Sukan Negara (ISN), Dr Khairulina Khalid telah melakukan pemeriksaan rapi selepas pemain China itu mengalami kesakitan semasa sesi pemanasan badan, pagi semalam.

LEE Chong Wei akur terkejut dengan keputusan juara dunia, Lin Dan menarik diri, semalam tetapi jaguh perseorangan negara tetap tidak memandang mudah cabaran seorang lagi wakil Tembok Besar China, Chen Long yang bakal ditentang pada separuh akhir Terbuka Malaysia, hari ini. 

Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna LEE Chong Wei telah berada di zon yang selesa rentetan juara dunia, Lin Dan menarik diri..Hal ini kerana beliau perlu berhadapan dengan seorang lagi pemain China, Chen Long sebagai pengganti kepada juara dunia itu..

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pemain terikat 1-1 selepas Chong Wei menebus kekalahan kepada pilihan ketiga itu di final Grand Prix Emas Malaysia, Jun lalu selepas tunduk pada Terbuka India, tiga bulan sebelum itu. 

Apapun, walau siapa pun galang gantinya..usaha dan fokus perlu diberikan secara serius dalam menghadapi perlawanan pada hari ini..Diucapkan selamat berjuang buat pemain badminton negara, LEE Chong Wei dalam perlawanan akhir Terbuka Malaysia. Terus mengharumkan nama negara di persada dunia..

Wassalam=)


" KHURAFAT "

                                              ~TONTON , HAYATI DAN AMAL~

Alhamdulillah..kerana dgn izin-Nya kita masih lagi dberikan nyawa untuk terus hidup, diberikan oksigen secara percuma untuk digunakan secara maksima agar kita dapat terus bernafas di muka bumi ini..Maknanya sahabat-sahabat kita masih lagi diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk terus bertaubat dgn setiap kesilapan yang kita lakukan..ingatlah bahawa sesungguhnya Dia itu Maha penerima taubat..

Pada petang yang redup ini akan saya kongsikan sedikit berkaitan dengan khurafat..hal ini rentetan saya bru shj selesai menonton filem khurafat bersama tiga lagi sahabat fakulti..memang ceritanya amat menyeramkan bg sesiapa sahaja yang menonton..sedangkan saya sendri pun tdk sanggup melihat watak2 hantu yg begitu ekstrem saya kira..tetapi, itu bkn perkara pokok yang ingin saya kongsikan..apa yang lebih menariknya ialah jalan cerita yang dibawa dan diketengahkan oleh penerbit dan pengarah filem itu..mesej yang ingin disampaikn juga adalah jelas iaitu jauhilah perkara2 khurafat yang akhirnya hanya akan memusnahkan dri kita sndiri..

Bercerita tentag khurafat, apa itu sebenarnya khurafat? Mungkin ramai yang tahu dan mungkin juga ramai yang kurang jelas definisi khurafat itu sendiri..ia adalah satu kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan dan kejadian alam yang berlaku..ia merupakan satu bentuk penyelewangan dalam aqidah Islam. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kebergantungan hanya kepada Allah dan menolak kepercayaan sesuatu yang selain drpd-Nya..

Jika kita tdk menjauhi perkara khurafat maka sama lah kita seperti orang2 jahiliah suatu ketika dahulu..smoga kita tdk trgolong slm kalangan orang2 yang jahil..Sebelum saya melabuhkan tirai kata, hayatilah satu ayat suci Al-Quran yang mana firman Allah dalam surah al-Zumar ayat 38 yang bermaksud:  


“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain dari Allah bahawa jika sekiranya Allah menghendaki ke atasku sesuatu kemudaratan, adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu atau jika Allah menghendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepadaku, apakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya. Kepadanya bertawakal semua orang yang bertawakal”.

                                               ~TONTON , HAYATI DAN AMAL~
Sinopsis filem Khurafat
Khurafat
Adegan seram dalam Khurafat

Khurafat bermula dengan Johan (Syamsul Yusof), seorang pembantu perubatan di sebuah hospital berkahwin dengan Ayshah (Liyana Jasmay). Permulaan pasangan ini hidup aman dan bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada gangguan misteri yang berterusan.

khurafat, liyana jasmay, limau ais
Liyana Jasmay 

Pelbagai tanda tanya dan trauma yang melanda ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan, Anna (Sabrina Ali). Walaupun mengetahui Johan sudah berumahtangga dan bergelar suami yang sah kepada Ayshah, Anna masih terus mengganggi dan merayu Johan menerimanya semula. Setelah ditolak cintanya, Anna ditemui mati akibat bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan dan isterinya.

Sumber: (Gambar) Pra Tonton Filem Khurafat, Percubaan Genre Seram Syamsul Menjadi | LimauAis 


Sekian, wassalam =)

Thursday, January 20, 2011

aNtara bidadari & peNghuNi syurga ^_^

saMpaikanLah waLau seDikit ~

"KITA SEMUA ADALAH DAI'E"

salam perjuangan ..salam ukhwah..bertemu kita lagi setelah sekian lama tidak meng'update' blog ini..Terdetik di hati ini ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat..Pengisian kali ini mungkin lebih santai dan bersahaja..

Bila berbicara tentang dai'e, acap kali terlintas di fikiran mampu kah aku menjadi seorang dai'e..?..sudah cukup kah ilmu yang dimiliki untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat..?..dan persoalan itu pernah aku utarakan pada seorang senior ku setahun yang lepas iaitu tatkla ketika aku baru melangkah ke universiti..kini, telah hampir 4 semester berlalu..

Menjadi seorang dai'e sememangnya memerlukan ilmu pengetahuan yang banyak lagi luas terutamanya dalam soal agama baik akhlaknya, tauhid, sirah, fikah, tasawwur, tasawwuf dan sebagainya..tetapi, tidak bermakna kita yang kurang ilmu agama ini tidak boleh menjadi seorang pndakwah..siapa kata mereka yang mengambil jurusan pngajian agama sahaja yang layak bergelar seorang pendakwah..? tidak sahabat-sahabat..Jikalau itu lah yang kita fikirkan, sudah tentu tiada seorang pendakwah pun di muka bumi ini kerana mereka merasakan dri masih belum cukup dengan ilmu pengetahuan..sampai bila kita rasa ilmu kita ini telah benar-benar cukup..? sedangkan ada satu hadis meriwayatkan bahawa semakin banyak kita mempelajari ilmu, semakin jahil diri kita sebenarnya..subhanallah..

Sahabat pembaca sekalian, jadilah seorang pendakwah..walau kita hanya menyampaikan satu ayat pun sudah cukup sebenarnya tetapi perlulah secara istiqamah dalam melaksanakannya..berkongsilah walau sedikit ilmu yang dimiliki demi manfaat bersama..mana tahu, ilmu yang sedikit itu lah yang mampu membuka mata masyarakat akan peri pentingnya sesuatu isu yang diperbincangkan..jadilah seorang yang bukan hanya menerima, bahkan menyampaikan ilmu yang dimilki kepada orang lain..ilmu serta amal itulah yang sebaik-baiknya..

Jikalau menjadi seorang doktor, jadilah seorang doktor yang bukan sahaja merawat pesakit, tetapi bisa mempraktikkan sunnah Rasul-Nya dalam tugas sehari-hari,..begitu juga apabila menjadi seorang saintis atau   ' researcher', jadilah seorang yang apabila mengkaji dan mencipta lebih mendekatkan dri kepada Allah S.W.T..subhanallah..Ilmu Allah itu sangat luas..sangat banyak..sampaikanlah walau sedikit kepada sahabat-sahabat..akhir kalam, jadikanlah Al-Quran dan sunnah Rasul-Nya sebagai pegangan hidup.nescaya kamu tdk akan sesat selama-lamanya..

"KITA SEMUA ADALAH DAI'E"

sekian, wassalam..