Wednesday, May 11, 2011

ISU KK2- RESPON MPMUM SESI 2010/2011

Pada hari ini, 11 Mei 2011 jam 2.30petang, satu perjumpaan bersama TNC HEP, Prof Datuk Dr Rohana yang turut disertai wakil pentadbiran Kolej Kediaman ke-2 (penyelia) bersama-sama dengan beberapa orang exco daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 2010/2011 bagi meminta penjelasan dan resolusi kepada masalah yang berlaku di kk2.

Pelbagai perkara yang telah dibangkitkan dan dibincangkan dalam perjumpaan yang berlangsung selama 1jam lebih tersebut. Antaranya termasuklah penempatan 75 pelajar yang menghadiri Roadshow TNC HEP beberapa bulan lepas, penempatan pelajar-pelajar yang aktif tetapi tidak ditempatkan, sesi rayuan dan Pilihanraya Kolej Kediaman (PRKK). Walaubagaimanapun, kita agak kecewa kerana satu daripada dua tuntutan tidak dapat dilaksanakan memandangkan mereka terpaksa menunggu keputusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan kuota sebenar pelajar-pelajar junior pada semester akan datang.

Berikut merupakan resolusi hasil pertemuan sebentar tadi:
1) Senarai 60 orang pelajar lagi akan dikeluarkan atau diumumkan (ditampal) pada hari Jumaat ini, 13 Mei 2011. Pemilihan 60 pelajar ini berdasarkan cadangan nama yang diberikan oleh Presiden, JTK/JIK/Pengarah Projek 

2) Mana-mana pelajar yang merasakan diri mereka pernah memegang jawatan sebagai Pengarah program bagi sesi ini tetapi namanya tidak ada dalam senarai boleh berhubung terus dengan Encik Hilman, Penyelia kk2.

Walaubagaimanapun, wakil pentadbiran kk2 yang turut hadir dalam pertemuan sebentar tadi turut mengakui kesalahan di peringkat pentadbiran kk2 berdasarkan beberapa sebab:
1) Mengakui  tergesa-gesa dalam membuat keputusan dan pengumuman berkaitan janji untuk menempatkan 75 pelajar terawal ke roadshow TNC HEP beberapa bulan lepas tanpa membuat perbincangan terlebih   dahulu dengan keseluruhan JTK/JIK kolej. Oleh sebab itu lah, ramai yang tidak 'alert' dengan pengumuman yang dibuat. Justeru, mereka akan cuba untuk tidak mengulangi perkara ini pada masa akan datang.

2) Mengakui tidak memaklumkan terlebih dahulu akan keluarnya senarai nama bagi fasa kedua penempatan pelajar di kolej tersebut pada sesi akan datang sehingga ramai yang tidak berpuas hati dengan senarai yang dikeluarkan kerana terlalu sedikit.

3) Mengakui janji yang telah dibuat oleh seorang penyelia kolej tersebut kepada pelajar-pelajar fasi adalah   kesalahan di peringkat mereka kerana amatlah tidak wajar dibuat dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pegawai pentadbiran kolej kediaman tersebut tanpa pengetahuan pentadbiran secara keseluruhannya.

4) Mengakui dari sudut senarai projek yang ditulis oleh pelajar semasa memohon tempoh hari, kesahihan penglibatan seseorang pelajar dalam sesuatu aktiviti tidak dapat dibuktikan secara sahih kerana ada yang tidak jujur dalam mengisi penglibatan aktiviti/projek.

Justeru, kami di peringkat Exco Penginapan & Kolej Kediaman Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM) sesi 2010/2011 akan memastikan penyelarasan sistem merit akan dilaksanakan di setiap kolej kediaman pada masa akan datang. Dan untuk pengetahuan semua, satu buku panduan mata merit sedang dalam proses untuk dikeluarkan pada semester hadapan oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM) bagi menyelaras semula penggunaan mata merit secara telus di setiap kolej kediaman pada sesi akan datang. Justeru, mana-mana pelajar yang bergiat aktif pada semester hadapan baik di dalam kolej mahupun di kampus akan turut mendapat merit untuk menginap di kolej kediaman.

Antara lain yang turut hadir pertemuan tadi  ialah Setiausaha Agung MPMUM, saudara Hawari, Exco Kebajikan, Saudara Shafiq Rohaizad, Exco Luar Kampus merangkap penghuni kk2, Saudara Muhsi dan Exco Penginapan dan Kolej Kediaman , Saudara Firdaus Abdullah dan juga Saudari Intan Shafinaz.   







"BERSAMA BERKHIDMAT DEMI MAHASISWA" 




Monday, May 2, 2011

SAKSIKAN << DEBAT PROFESSOR ATHEIS DENGAN PELAJARNYA >>

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua..lama kita tidak bersua..rindu rasanya..maklumlah sekarang sibuk dengan minggu peperiksaan..walau bagaimanapun, perkongsian ilmu tetap diteruskan tidak kira masa dan tempat..ilmu itu luas sahabat-sahabat..carilah dan dalamilah dengan sebanyak mungkin..insyaAllah memberi manfaat kepada kita tatkala kita beramal dengan ilmu yang dipelajari..sekadar mengingatkan diri ini dan rakan-rakan kerana kita sebagai manusia biasa mudah lupa dan alpa..harus dan perlu sentiasa ingat-mengingatkan antara satu sama lain..dan demikianlah manusia itu diciptakan, agar saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain..mudah-mudahan..insyaAllah..

Di kala petang yang hening ini, aku mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sebuah kisah benar yang dipetik daripada http://shehdikimia.blogspot.com..sungguh tertarik tatkala aku membacanya..sungguh, kita perlu berhikmah dalam berdebat terutamanya apabila berhujah kepada kalangan mereka yang berlainan agama dengan kita..sudah cukup bersediakah kita..??...semoga peroleh manfaat daripada kisah ini..
   
   Written By Mohd Amirul on Monday, November 15, 2010 | 11:09 PM

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.