Wednesday, June 22, 2011

hanya SEMINIT..!!~

Salam rindu buat sahabat-sahabat seperjuangan..alhamdulillah, hari ini diberi kekuatan dan kesempatan untuk menulis, berkongsi ilmu demi manfaat bersama hidup di dunia mahupun di akhirat..Buat renungan dan penghayatan bersama..


Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid  untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!   

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun  betapa singkatnya kalau kita melihat filem-filem di depan laptop atau di televisyen.    

Betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun  betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang.    

Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun  kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.    

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi  betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.    

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun  lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid.    

Betapa mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun  alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.    

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun  betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada  saat terakhir untuk event yang menyenangkan.  

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam Al-Quran; namun  betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.    

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun  betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.  

Betapa takutnya kita apabila dipanggil boss dan cepat-cepat menghadapnya namun  betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.    

Betapa kita dapat menyebarkan seribu  kelucuan melalui e-mail, dan menyebarluaskannya dengan FORWARD seperti api; namun  kalau ada e-mail yang isinya tentang Allah betapa seringnya kita ragu-ragu, enggan membukanya dan menyebarkannya,  serta terus klik pada icon  DELETE .    

Buat renungan dan penghayatan bersama..kerana kita manusia seringkali alpa ,leka dan lalai dengan kehidupan duniawi..harus saling memperingatkan antara satu sama lain..insyaAllah..selamat berAMAL..!!~



Wednesday, May 11, 2011

ISU KK2- RESPON MPMUM SESI 2010/2011

Pada hari ini, 11 Mei 2011 jam 2.30petang, satu perjumpaan bersama TNC HEP, Prof Datuk Dr Rohana yang turut disertai wakil pentadbiran Kolej Kediaman ke-2 (penyelia) bersama-sama dengan beberapa orang exco daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 2010/2011 bagi meminta penjelasan dan resolusi kepada masalah yang berlaku di kk2.

Pelbagai perkara yang telah dibangkitkan dan dibincangkan dalam perjumpaan yang berlangsung selama 1jam lebih tersebut. Antaranya termasuklah penempatan 75 pelajar yang menghadiri Roadshow TNC HEP beberapa bulan lepas, penempatan pelajar-pelajar yang aktif tetapi tidak ditempatkan, sesi rayuan dan Pilihanraya Kolej Kediaman (PRKK). Walaubagaimanapun, kita agak kecewa kerana satu daripada dua tuntutan tidak dapat dilaksanakan memandangkan mereka terpaksa menunggu keputusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan kuota sebenar pelajar-pelajar junior pada semester akan datang.

Berikut merupakan resolusi hasil pertemuan sebentar tadi:
1) Senarai 60 orang pelajar lagi akan dikeluarkan atau diumumkan (ditampal) pada hari Jumaat ini, 13 Mei 2011. Pemilihan 60 pelajar ini berdasarkan cadangan nama yang diberikan oleh Presiden, JTK/JIK/Pengarah Projek 

2) Mana-mana pelajar yang merasakan diri mereka pernah memegang jawatan sebagai Pengarah program bagi sesi ini tetapi namanya tidak ada dalam senarai boleh berhubung terus dengan Encik Hilman, Penyelia kk2.

Walaubagaimanapun, wakil pentadbiran kk2 yang turut hadir dalam pertemuan sebentar tadi turut mengakui kesalahan di peringkat pentadbiran kk2 berdasarkan beberapa sebab:
1) Mengakui  tergesa-gesa dalam membuat keputusan dan pengumuman berkaitan janji untuk menempatkan 75 pelajar terawal ke roadshow TNC HEP beberapa bulan lepas tanpa membuat perbincangan terlebih   dahulu dengan keseluruhan JTK/JIK kolej. Oleh sebab itu lah, ramai yang tidak 'alert' dengan pengumuman yang dibuat. Justeru, mereka akan cuba untuk tidak mengulangi perkara ini pada masa akan datang.

2) Mengakui tidak memaklumkan terlebih dahulu akan keluarnya senarai nama bagi fasa kedua penempatan pelajar di kolej tersebut pada sesi akan datang sehingga ramai yang tidak berpuas hati dengan senarai yang dikeluarkan kerana terlalu sedikit.

3) Mengakui janji yang telah dibuat oleh seorang penyelia kolej tersebut kepada pelajar-pelajar fasi adalah   kesalahan di peringkat mereka kerana amatlah tidak wajar dibuat dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pegawai pentadbiran kolej kediaman tersebut tanpa pengetahuan pentadbiran secara keseluruhannya.

4) Mengakui dari sudut senarai projek yang ditulis oleh pelajar semasa memohon tempoh hari, kesahihan penglibatan seseorang pelajar dalam sesuatu aktiviti tidak dapat dibuktikan secara sahih kerana ada yang tidak jujur dalam mengisi penglibatan aktiviti/projek.

Justeru, kami di peringkat Exco Penginapan & Kolej Kediaman Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM) sesi 2010/2011 akan memastikan penyelarasan sistem merit akan dilaksanakan di setiap kolej kediaman pada masa akan datang. Dan untuk pengetahuan semua, satu buku panduan mata merit sedang dalam proses untuk dikeluarkan pada semester hadapan oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM) bagi menyelaras semula penggunaan mata merit secara telus di setiap kolej kediaman pada sesi akan datang. Justeru, mana-mana pelajar yang bergiat aktif pada semester hadapan baik di dalam kolej mahupun di kampus akan turut mendapat merit untuk menginap di kolej kediaman.

Antara lain yang turut hadir pertemuan tadi  ialah Setiausaha Agung MPMUM, saudara Hawari, Exco Kebajikan, Saudara Shafiq Rohaizad, Exco Luar Kampus merangkap penghuni kk2, Saudara Muhsi dan Exco Penginapan dan Kolej Kediaman , Saudara Firdaus Abdullah dan juga Saudari Intan Shafinaz.   







"BERSAMA BERKHIDMAT DEMI MAHASISWA" 




Monday, May 2, 2011

SAKSIKAN << DEBAT PROFESSOR ATHEIS DENGAN PELAJARNYA >>

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua..lama kita tidak bersua..rindu rasanya..maklumlah sekarang sibuk dengan minggu peperiksaan..walau bagaimanapun, perkongsian ilmu tetap diteruskan tidak kira masa dan tempat..ilmu itu luas sahabat-sahabat..carilah dan dalamilah dengan sebanyak mungkin..insyaAllah memberi manfaat kepada kita tatkala kita beramal dengan ilmu yang dipelajari..sekadar mengingatkan diri ini dan rakan-rakan kerana kita sebagai manusia biasa mudah lupa dan alpa..harus dan perlu sentiasa ingat-mengingatkan antara satu sama lain..dan demikianlah manusia itu diciptakan, agar saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain..mudah-mudahan..insyaAllah..

Di kala petang yang hening ini, aku mengambil kesempatan ini untuk berkongsi sebuah kisah benar yang dipetik daripada http://shehdikimia.blogspot.com..sungguh tertarik tatkala aku membacanya..sungguh, kita perlu berhikmah dalam berdebat terutamanya apabila berhujah kepada kalangan mereka yang berlainan agama dengan kita..sudah cukup bersediakah kita..??...semoga peroleh manfaat daripada kisah ini..
   
   Written By Mohd Amirul on Monday, November 15, 2010 | 11:09 PM

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

Friday, April 1, 2011

indahnya ukhwah kerana DIA ~







Saat kau senyum dan ketawa, fikirlah walau sesaat tentang sahabatmu. Barangkali saat dan ketika kau menikmati keindahan langit biru, hatinya sedang terluka dan diselubungi awan mendung. Setelah kau sedari betapa bernilainya dirimu kepadanya, janganlah kau tinggalkannya sendirian. Ketika sahabat melukai hatimu, tulislah di atas pasir, biar angin kemaafan menghembus membawa bersama kelukaanmu itu. Sebaliknya ketika sahabatmu membuat kebaikan padamu, maka tulislah di atas batu hatimu, agar terpahat utuh walau dilanda badai….”Bila menjalin ukhwah hanya keranaNya, pasti ada ujian dariNya kerana Dia mahu melihat sejauh mana keikhlasan hati hamba-hambaNya”.
Sahabat-sahabat seperjuanganku, ingatlah…
Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,

Begitu juga dia..
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,

Segala rasa kecewa dan ketakutan,
Harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,

Rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,

Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Sahabat adalah cerminan diri, sahabat menguji ketulusan hati,
sahabat menilai ikhlasnya budi, sahabat menyubur kasih yang bersemi,
carilah sahabat sejati, terbina ukhuwah, mendapat kasih Ilahi,
secebis kasih membuat kita sayang,
seucap janji membuat kita percaya,
sekecil luka membuat kita kecewa,
namun sebuah ukhwah selamanya bermakna.

<< dipetik daripada azzariyat.com>>

UJIAN << BALA VS AMARAN..?? >>

Assalamualaikum dan salam ukhwah..

Hari berganti hari, bulan berganti bulan..lamanya ..! baru aku sedar rupanya sudah hampir berbulan-bulan lamanya aku tidak menghabiskan masa walaupun sedikit untuk menulis..mungkin aku terlalu sibuk dengan urusan-urusan duniawi yang membuatkan aku sedikit leka untuk bersama-sama mad'u memperluaskan ukhwah..Ya Allah, berdosanya aku..ampunilah diriku ini Ya Allah..rinduku untuk menulis dan berkongsi seribu macam isi hati dan buah fikiran yang sedang bermain di benakku..menulis dan terus menulis untuk menyebarkan dakwah kepada mad'u-mad'u selagi neuron-neuron di benakku masih berfungsi dan selagi jantung bekerja keras mengepam darah keluar masuk arteri dan vein..subhanallah, sungguh hebat kejadian-Mu ini..mesejnya, menyampaikan dakwah itu wajib walau dengan satu perkataan..!!

Jam yang terletak berdekatan 'carpal bone' telah menunjukkan tepat jam 1.51pagi..orbicularis oculi, eye's pupil, iris, retina sibuk bermain-main sehingga membuatkan aku tidak lena untuk tidur..rentetan itu, aku tekad untuk menulis..Di pagi yang ku kira hening tatkala ramai sahabat-sahabat yang telah lena dibuai mimpi, aku berhasrat untuk berkongsi pandangan berkenaan isu bencana alam yang berlaku sejak akhir-akhir ini seperti kejadian tsunami yang berlaku di Tokyo Japan, gempa bumi di Myanmar, 21 maut banjir di selatan Thailand,  banjir di Perlis..Ini belum dikaitkan lagi dengan masalah-masalah lain seperti kemlangan jalan raya yang tidak putus-putus mendermakan darah di jalanan pada setiap hari, kakitangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terkorban dalam serangan di Afghanistan, kes seorang kanak-kanak 19 bulan merangkak di landasan keretapi yang akhirnya menemui ajal, dan sebagainya..


Di Tokyo Jepun


Persoalannya adakah ujian ini satu bala atau amaran daripada Pencipta..???..ianya akan menjadi bala tatkala kita sebagai hamba-Nya terlalu bongkak dan takbur sehingga sanggup melihat kepentingan peribadi melebihi segala-galanya..sehingga kita menyangkal nikmat kurniaan-Nya..nauzubillah..semoga kita dijauhkan daripada golongan ini..Ujian terjadi kepada seluruh hamba-Nya sebagai tanda tanda kasih Penciptanya. Mereka yang tergolong dalam kalangan ini terdiri daripada dua golongan iaitu menganggap ujian ini sebagai bala atau menganggap ujian ini sebagai amaran Allah untuk memperbaiki sesuatu kepada yang lebih baik..rugilah mereka yang menganggap ujian ini sebagai bala tanpa mempelajari makna tersirat di sebalik kejadian Illahi dan amat beruntunglah kepada mereka yang menggangap ujian ini sebagai amaran dan peringatan daripada Illahi seterusnya menjadikannya lebih meletakkan sepenuh kebergantungan hanya kepada-Nya..


Apa yang dapat dirumuskan di sini ialah letakkan sepenuh kebergantungan hanya kepada Allah..Ingatlah sahabat-sahabat , kita tidak tahu bila nyawa kita akan diambil oleh Yang Berhak..suduh cukup jelas dengan segala kejadian bencana alam dan lain-lain yang terjadi di muka bumi ini..sudah banyak dan bertambah parah..tidak lama lagi..memang sudah tidak lama..justeru, manfaatkan nikmat kesihatan, akal dan nyawa ini dengan sebaik mungkin dengan menginsafi setiap kejadian dan ujian yang diturunkan Allah kepada kita..masih belum terlambat untuk itu..Ya Allah, bantulah hambaMu ini dan bimbinglang daku ke jalan yang Engkau redhai..amin..


wassalam ^^



Thursday, February 3, 2011

Kaherah@Iskandariah ~ dOa sebagai senjata bg org mukmin =)

Alhamdulillah..dgn nikmat kesihatan akal, tubuh badan yang dikurniakn oleh Sang Pencipta..dan apa yang penting dgn izin-Nya, hari ini aku brksempatan utk menulis lagi..entah kenapa di pagi jumaat yang hening ini, aku berasa terlalu rindu untuk menulis..rindu untuk berkongsi dgn sahabat-sahabat..jadi, aku mengambil keputusan untuk menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin..mencakna isu-isu semasa walaupun sedikit..MUST!!

Aku memandang ke luar tingkap..desis hatiku berbicara,,hebat sungguh alam ciptaan-Nya..Subhanallah..Fikiranku jauh melayang nun jauh di bumi Kaherah,Mesir sana..teringat pada sahabat-sahabatku yang menuntut di sana yang kebanyakannya merupakan bakal-bakal doktor yang bukan shj hebat akademiknya tetapi hebat juga dari segi akhlaknya..Apa khabar kalian di sana..? Bersediakah kalian dgn seruan jihad di sna bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku..? Satu demi satu persoalan menerjah ke benak fikiranku..

Teringat lagi pertama kali aku mendengar berita akan krisis yang berlaku di sana..Perkataan pertama yang keluar  di bibirku..Subhanallah..Rupa-rupanya masih wujud lagi pejuang-pejuang Islam yang ingin mempertahankan kebenaran..Mereka tidak takut, tidak gentar untuk mati..hati mereka telah terpasak dengan seruan jihad dan apa yang didambakan ialah mati syahid..menjatuhkan pemerintah yang diktator..yang telah bermaharajalela hampir 30 tahun..

Tetapi apa yang menghairankan ialah masih ada lagi yang menyokong pemerintahan berasaskan diktator ini..ini terbukti apabila beratus-ratus penyokong kerajaan bertempur dengan penunjuk perasaan prodemokrasi dan antikerajaan di dataran Tahrir di pusat bandar Kaherah yakni sehari selepas presiden Hosni Mubarak mengumumkan tidak akan bertanding mengekalkan jawatan pada pilihan raya September ini. Perkara yang sama turut terjadi di Iskandariah..Apa yang mereka fikirkan sebenarnya..? Tidak cukupkah mereka telah diperintah oleh seorang yang tidak berperikemanusiaan..Apa lagi yang mahu dibela dengan manusia bertopeng seperti itu..aduhai, manusia.!

Aku cukup kagum dan bangga dengan kalian yang berjuang bermati-matian di bumi Mesir sana..seruan jihad memanggil-manggil diriku untuk ke sana..mungkin aku bukanlah siapa-siapa yang bisa menumbangkan pemerintah diktator itu, tetapi dengan rasa rendah diri nya dan atas rasa kesedaran yang ada sebagai manusia yang beragama Islam..aku tidak boleh biarkan sahaja melihat saudara seagamaku berjuang bermati-matian sedangkan aku duduk bersenang lenang..TIDAK!! walau di mana pun kita, mungkin kita tidak bisa pergi ke sana, merasai sendiri erti perjuangan yang sebenar, tidak bisa merasai apa itu jihad di medan perang, tetapi yakin lah sahabat-sahabat..doa ialah senjata bagi setiap orang mukmin..doalah demi kesejahteraan dan kemenangan saudara se-Islam kita yang sedang berjuang di sana..


Ya Allah, aku panjatkan kepadaMu..ampunkanlah dosa-dosa kami..bantulah kami dalam perjuangan membela kebenaran ini.kuatkan lah hati-hati ini..satu kanlah hati-hati ini agar trs thabat dlm perjuangan ini..jika Engkau mentakdirkan kami mati, matikanlah kami sebgai pejuang-pejuang yang syahid di jalan-Mu Ya Allah..Jika Engkau masih memberikan kami nafas untuk terus hidup, jangan Engkau sekali-kali palingkan hati kami untuk terus istiqamah dlm perejuangan ini..hidup dan matikan lah kami dalam Iman dan Islam..Berikanlah kami kemenangan..Amin Ya Allah..amin..






Friday, January 21, 2011

kisah seorang anak muda: hikMah dLm brdakwah ^_^

Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.
Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.
“Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita”, kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.
“Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye”, jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.
“Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” , sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.
Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “Sekadar ingin berkenalan. Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.


Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat. Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.
Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk, terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar di tempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?” Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.
Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”, jawab Ahmad memberikan alasan.
“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”
“Permintaan apa itu wahai tuan?”
“Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai. Boleh? Tanya Syeikh kepada Ahmad.
Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.
“Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.
“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja”, Jawab Syeikh sambil tersenyum.
“Baik, dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahawa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
“Benar Tuan Syeikh”
"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi, apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.
Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.
“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan. Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.
“Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.


Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira apabila melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya, “Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad. Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?” Ahmad menjawab dengan yakin, “Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini.”
“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engkau benar-benar menunaikan janjimu.”
“Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”.
“Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan. Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?” Syeikh menerangkan kepada Ahmad.
“Benar apa yang tuan katakan. Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan.”
Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
“Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan, kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar.”
“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.
“Ya benar Tuan.”

“Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.
Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.
Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.
Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.
“Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?”Syeikh memulakan bicara.
“Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”
“Baguslah begitu. Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.” Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.
“Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”
Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.
“Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”.
“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?” Tanya Tuan Syeikh menguji.
“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh,” jawab Ahmad dengan penuh semangat.
“Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami. Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad. Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.
Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah. Lari daripada jalan kebenaran. Jadi, berdakwahlah dengan penuh berhikmah sekali gus mncontohi dakwah yg disampaikan Rasul-Nya..

wassalam..