Monday, December 27, 2010

4P buAt reNungan bersaMa... <@_@>

4P (POLITIK: PEPATAH sebagai PENYEDAP ayat @ PRAKTIKAL)
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/utusan-says-pakatan-afraid-of-1-malaysia/

Politik negara semakin rancak diperkatakan lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 2011 tidak lama lagi..Pelbagai ragam parti-parti politik yang dapat dilihat terutamanya melalui siaran-siaran berita mahupun di dada-dada akhbar. Masing-masing saling menyalahkan antara satu sama lain..kutuk-mengutuk sudah menjadi sebati dalam diri..astaghfirullahalazim..Ingatlah sahabat-sahabat..Islam itu cukup indah..matlamat itu tidak menghalalkan cara..

Jikalau dulu, sesuatu perkara kecil itu dianggap remeh..tetapi sekarang tidak lagi..isu-isu kecil diperbesarkan dan dihebahkan semata-mata untuk meraih sokongan masyarakat demi memperoleh kemenangan dalam parti masing-masing..Inikah yang dikatakan demokrasi negara..???.."Tepuk dada, tanya minda"..bila minda telah berkata-kata, tanya pula iman..tetapi lain pula yang terjadi..tiada pengaplikasian pepatah yang hanya semata-mata digunakan untuk mencantikkan perbahasan atau ayat..kesannya, ramai yang tersasar dengan mempraktikkan "tepuk dada tanya nafsu"..nauzubillahiminzalik..itu la realiti dunia hari ini..

dan acap kali juga kita dengar " Takkan Melayu hilang di dunia"..mana pergi praktikal atau pengaplikasiannya..?? dengan masyarakat Melayu nya berpecah belah..masing-masing punya agenda tersendiri..jangan disebut perpaduan kalau begini jadinya..jangan disebut demokrasi kalau kita tidak menghayatinya..jangan disebut pepatah jika tidak mengamalkannya.

Sedih dengan dunia hari ini. Usah melihat dunia, melihat negaraku sendiri yang kucar-kacir pun sudah cukup..Rakusnya manusia mengejar kuasa, harta, pangkat dan darjat..Tidak salah jikalau mengejar kuasa demi kelangsungan pentarbiyyahan Islam itu sendiri..tetapi amat rugi lah jika kuasa itu jatuh pada tangan orang yang salah..Bak kata pepatah.."ikut kata hati, mati.." itulah yang terjadi..politik oh politik..! Kenapa tidak duduk bersama-sama berbincang agenda perubahan demi perpaduan dan pembangunan negara tercinta..?? Bukankah pepatah ada mengatakan "Jikalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya", "Belum cuba, belum tahu" ..mana praktiknya..?? aduhh..!! lagi sekali pepatah hanya digunakan untuk menyedapkan ayat semata-mata..Kenapa mesti berbalah..?? Bukankah kita acap kali mengungkapkan pepatah Melayu "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" .. lagi sekali, d mana praktikalnya..??..

bangunlah wahai manusia yang sering kali alpa, lupa, lalai dan leka..hidup ini hanya sementara..amat rugilah jikalau kita menggunakannya dengan berbuat kejahatan di bumi Allah ini..Pepatah Melayu ada mengatakan "Sediakan payung sebelum hujan" ..Jangan disebut pepatah jika tidak mengamalkannya..hanya amalan yang akan dibawa bersama-sama tatkala kita menemui-NYA d smping doa anak-anak yang soleh..sedarlah daripada terus hanyut dek nafsu yang semakin jinak dinoda syaitan-syaitan yang dilaknat. Ayuh tunduklah kita pada Pencipta yang satu..!!!

Ingatlah, pepatah juga ada mengatakan.."Mencegah itu lebih baik daripada merawat"..jangan biarkan ianya menjadi barah yang semakin parah..kerana kita inginkan perpaduan..kita inginkan negara yang hebat bermula dari pemimpinnya hinggalah kepada rakyatnya..Jadikanlah Al-Quran dan as-sunnah sebagai pegangan hidup..insyaAllah kita tidak akan sesat selagi berpegang dengan kedua-duanya..InsyaAllah..
wassalam

=)

No comments:

Post a Comment