Sunday, December 26, 2010

..kaLah bkN brerti tewas..meNang bkn brerti hebat..

Tahun 2010 akan melabuhkan tirai tidak lama lagi. Satu persatu atlet negara menjulang pingat sekali gus menjadi satu kenangan indah sebelum melabuhkan tirai tahun 2010. Bermula dengan kemenangan Dato' Lee Chong Wei yang memenangi terbuka Malaysia dalam kejohanan badminton diikuti dengan pasangan beregu negara Kiat-Tan. Ini diserikan lagi dengan acara lumba basikal lebuh raya, Anuar Manan sekali gus muncul sebagai pelumba Asia pertama menyarung jersi hijau selaku Raja Pecut le Tour de Langkawi. Jaguh trek lumba basikal negara, Muhamad Azizul Hasni turut menyumbang pingat dalam sukan baru-baru ini. Tidak terkecuali atlet terjun negara yang meraih dua pingat perak pada edisi sulong Sukan Olimpik Remaja (YOG) di Singapura. Tidak dilupakan juga pada juara squash dunia, Dato' Nicol David yang meltakkan dirinya sebagai juara dunia lima kali berturut-turut. Bukan mereka sahaja, malah ramai lagi yang telah beraksi dengan baik dalam acara-acara sukan sepanjang tahun 2010.Syabas dan tahniah!!

Kini, di penghujung tahun 2010 yang akan melabuhkan tirai 4 hari lagi,, "3-0"..itulah yang menjadi buah mulut rakyat Malaysia setelah skuad kebangsaan berjaya menewaskan skuad Indonesia dalam perlawanan bola sepak akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi..syabas dan tahniah buat skuad negara. Satu permulaan yang cukup baik. Mungkin selama ini rakyat terlalu memandang serong pada skuad negara. Dengan kemenangan ini sedikit sebanyak telah membuka mata rakyat bahawa skuad kita juga mampu menjadi hebat dan profesional setaraf dengan skuad negara-negara di Asia Tenggara yang lain..

Walau bagaimanapun, jangan terlalu cepat berpuas hati..masih ada satu lagi perlawanan akhir di Jakarta, Indonesia pada minggu hadapan. Jadi,apa tunggu lagi..?? Sudah tiba masanya kalian buktikan pada rakyat Malaysia yang kalian memang selayaknya menyandang gelaran juara..

Kalah menang lumrah setiap pertandingan. Yang kalah jangan berputus asa..dan yang menang jangn cepat berasa selesa. Tahun 2011 kini menanti. Menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar buat semua atlet negara. Bukan sahaja buat para atlet, malahan para mahasiswa/i, ibubapa, pekerja-pekerja dan sesiapa sahaja..Buka lah mata, buka lah minda untuk melihat ancaman, cabaran dan peluang yg bakal mendatang..Mudah-mudahan tahun 2011 ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik dan indah berbanding tahun sebelumnya..kerana 
"KALAH BUKAN BERERTI TEWAS ..DAN MENANG BUKAN BERERTI HEBAT"..

=)

No comments:

Post a Comment