Friday, January 21, 2011

LEE Chong Wei vs Lin Dan


Salam ukhwah, kembali lagi kita bertemu dalam kadar masa yang cukup singkat dan amat mencemburui kita..masa tidak menunggu kita, sebaliknya kita lah yang perlu mengejar masa..Hari ini di pagi yang cukup hening, damai, terlihat kebiruan langit ciptaan-Nya .membuatkan saya lantas berfikir dan termenung sejenak tunduk, merendah diri kepada Allah, Dia yang telah mnciptakan kita..betapa kerdil nya dri kita ini di sisi Allah..subhanallah..


PENARIKAN LIN DAN DALAM AKSI PERLAWANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA



PEMINAT tempatan yang mahu menyaksikan kehebatan bintang sensasi dari China, Lin Dan meneruskan aksi dalam saingan Terbuka Malaysia terpaksa berputih mata apabila pemain itu menarik diri pada pusingan suku akhir, semalam selepas dinasihatkan berehat akibat kecederaan di bahagian kiri abdominal (perut). 

Pengadil kejohanan, Jane Wheatley berkata pakar perubatan daripada Institut Sukan Negara (ISN), Dr Khairulina Khalid telah melakukan pemeriksaan rapi selepas pemain China itu mengalami kesakitan semasa sesi pemanasan badan, pagi semalam.

LEE Chong Wei akur terkejut dengan keputusan juara dunia, Lin Dan menarik diri, semalam tetapi jaguh perseorangan negara tetap tidak memandang mudah cabaran seorang lagi wakil Tembok Besar China, Chen Long yang bakal ditentang pada separuh akhir Terbuka Malaysia, hari ini. 

Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna LEE Chong Wei telah berada di zon yang selesa rentetan juara dunia, Lin Dan menarik diri..Hal ini kerana beliau perlu berhadapan dengan seorang lagi pemain China, Chen Long sebagai pengganti kepada juara dunia itu..

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pemain terikat 1-1 selepas Chong Wei menebus kekalahan kepada pilihan ketiga itu di final Grand Prix Emas Malaysia, Jun lalu selepas tunduk pada Terbuka India, tiga bulan sebelum itu. 

Apapun, walau siapa pun galang gantinya..usaha dan fokus perlu diberikan secara serius dalam menghadapi perlawanan pada hari ini..Diucapkan selamat berjuang buat pemain badminton negara, LEE Chong Wei dalam perlawanan akhir Terbuka Malaysia. Terus mengharumkan nama negara di persada dunia..

Wassalam=)


1 comment:

  1. Sudah 3 kali Lin Dan membuat perkara yang sama kerana tidak bertemu Chong Wei di separuh akhir dgan memberikan enangan percuma kepada rakan senegaranya. Adakah ini sikap dan nilai seorang jagoaan dunia?

    Lin Dan dikatakan mengalami masalah kesihatan ketika sesi pemanasan di sebelah pagi sedangkan kelibat Lin Dan tiada di gelanggang di waktu pagi itu. Pelik tapi benar.. Keep on writing~

    ReplyDelete