Wednesday, May 11, 2011

ISU KK2- RESPON MPMUM SESI 2010/2011

Pada hari ini, 11 Mei 2011 jam 2.30petang, satu perjumpaan bersama TNC HEP, Prof Datuk Dr Rohana yang turut disertai wakil pentadbiran Kolej Kediaman ke-2 (penyelia) bersama-sama dengan beberapa orang exco daripada Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 2010/2011 bagi meminta penjelasan dan resolusi kepada masalah yang berlaku di kk2.

Pelbagai perkara yang telah dibangkitkan dan dibincangkan dalam perjumpaan yang berlangsung selama 1jam lebih tersebut. Antaranya termasuklah penempatan 75 pelajar yang menghadiri Roadshow TNC HEP beberapa bulan lepas, penempatan pelajar-pelajar yang aktif tetapi tidak ditempatkan, sesi rayuan dan Pilihanraya Kolej Kediaman (PRKK). Walaubagaimanapun, kita agak kecewa kerana satu daripada dua tuntutan tidak dapat dilaksanakan memandangkan mereka terpaksa menunggu keputusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan kuota sebenar pelajar-pelajar junior pada semester akan datang.

Berikut merupakan resolusi hasil pertemuan sebentar tadi:
1) Senarai 60 orang pelajar lagi akan dikeluarkan atau diumumkan (ditampal) pada hari Jumaat ini, 13 Mei 2011. Pemilihan 60 pelajar ini berdasarkan cadangan nama yang diberikan oleh Presiden, JTK/JIK/Pengarah Projek 

2) Mana-mana pelajar yang merasakan diri mereka pernah memegang jawatan sebagai Pengarah program bagi sesi ini tetapi namanya tidak ada dalam senarai boleh berhubung terus dengan Encik Hilman, Penyelia kk2.

Walaubagaimanapun, wakil pentadbiran kk2 yang turut hadir dalam pertemuan sebentar tadi turut mengakui kesalahan di peringkat pentadbiran kk2 berdasarkan beberapa sebab:
1) Mengakui  tergesa-gesa dalam membuat keputusan dan pengumuman berkaitan janji untuk menempatkan 75 pelajar terawal ke roadshow TNC HEP beberapa bulan lepas tanpa membuat perbincangan terlebih   dahulu dengan keseluruhan JTK/JIK kolej. Oleh sebab itu lah, ramai yang tidak 'alert' dengan pengumuman yang dibuat. Justeru, mereka akan cuba untuk tidak mengulangi perkara ini pada masa akan datang.

2) Mengakui tidak memaklumkan terlebih dahulu akan keluarnya senarai nama bagi fasa kedua penempatan pelajar di kolej tersebut pada sesi akan datang sehingga ramai yang tidak berpuas hati dengan senarai yang dikeluarkan kerana terlalu sedikit.

3) Mengakui janji yang telah dibuat oleh seorang penyelia kolej tersebut kepada pelajar-pelajar fasi adalah   kesalahan di peringkat mereka kerana amatlah tidak wajar dibuat dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pegawai pentadbiran kolej kediaman tersebut tanpa pengetahuan pentadbiran secara keseluruhannya.

4) Mengakui dari sudut senarai projek yang ditulis oleh pelajar semasa memohon tempoh hari, kesahihan penglibatan seseorang pelajar dalam sesuatu aktiviti tidak dapat dibuktikan secara sahih kerana ada yang tidak jujur dalam mengisi penglibatan aktiviti/projek.

Justeru, kami di peringkat Exco Penginapan & Kolej Kediaman Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM) sesi 2010/2011 akan memastikan penyelarasan sistem merit akan dilaksanakan di setiap kolej kediaman pada masa akan datang. Dan untuk pengetahuan semua, satu buku panduan mata merit sedang dalam proses untuk dikeluarkan pada semester hadapan oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM) bagi menyelaras semula penggunaan mata merit secara telus di setiap kolej kediaman pada sesi akan datang. Justeru, mana-mana pelajar yang bergiat aktif pada semester hadapan baik di dalam kolej mahupun di kampus akan turut mendapat merit untuk menginap di kolej kediaman.

Antara lain yang turut hadir pertemuan tadi  ialah Setiausaha Agung MPMUM, saudara Hawari, Exco Kebajikan, Saudara Shafiq Rohaizad, Exco Luar Kampus merangkap penghuni kk2, Saudara Muhsi dan Exco Penginapan dan Kolej Kediaman , Saudara Firdaus Abdullah dan juga Saudari Intan Shafinaz.   







"BERSAMA BERKHIDMAT DEMI MAHASISWA" 




1 comment:

  1. terima kasih atas usaha kak intan..(^,^)

    terima kasih atas kesudian untuk meluangkan masa menyelesaikan masalah di kk2 walaupun mungkin kak intan sibuk dengan minggu peperiksaan..

    tahniah atas kejayaan kak intan

    ReplyDelete